Lagi Kluster Pendidikan Dilaporkan Di Sabah

22 Jan 2022 • 8:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sabah merekodkan satu lagi kluster dikenali sebagai Kluster Bypass Kologon, melibatkan pelajar asrama SMK Kundasang, Ranau. - Gambar fail

KOTA KINABALU - Sabah merekodkan satu lagi kluster berkaitan pendidikan membabitkan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang, Ranau.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster berkenaan adalah Kluster Bypass Kologon yang tercetus dari seorang pelajar asrama perempuan berusia 16 tahun.

Menurut beliau, kes indeks berkenaan melakukan ujian kendiri setelah mula bergejala pada 17 Januari 2022 dan disahkan positif melalui saringan PCR.

"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah melakukan saringan ke atas 70 orang kontak rapat dan setakat ini enam pelajar yang merupakan rakan sebilik kes indeks didapati positif.

"Kesemua pesakit adalah dalam kategori satu dan dua serta telah diasingkan untuk diberi rawatan yang sesuai," katanya petang tadi.

Masidi berkata, kluster ini telah mencatat tujuh kes positif COVID-19, dengan lima daripadanya dilaporkan hari ini.

Kluster Bypass Kologon ini merupakan kluster kelima berkaitan pendidikan yang dilaporkan di Sabah sejak Ahad lalu. - Getaran, 22 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved