“Copot jantung!” – Netizen Terbahak Tengok Gelagat Anak Fazura, Laju Buang Kasut Dalam Air!

Entertainment
12 Jan 2022 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika anak masih kecil, mereka mempunyai daya ingin tahu yang sangat tinggi dan kadang-kadang mereka juga tiba-tiba boleh buat perkara yang tak terjangkau di fikiran ibu bapa.

Menerusi perkongsian Instagram @fattzuralovelife, si kecil Fatima iaitu anak kepada pasangan Fattah Amin dan Fazura ini dah buat satu perkara yang menyebabkan jantung ibu ayahnya berdebar-debar tak tentu fasal.

 

Tiba-tiba buang kasut, nasib baik tak jatuh masuk kolam

Video yang dikongsikan posting tersebut memaparkan gelagat Fatima yang tak semena-mena menarik salah satu daripada kasutnya dan kemudian membuang ke dalam kolam.

Fattah Amin yang mendukung anaknya itu sempat menyelamatkan kasut tersebut tetapi sebab kurang ‘balance’ dia hampir-hampir saja nak jatuh ke dalam air. Alamak!

Nah korang tengok lah sendiri. Fazura punya nervous sampai menjerit. Adoi!

 

“Omg fatimaaa nasib dua-dua tak masuk pool tu”

Adegan yang ‘mendebarkan’ itu membuatkan netizen geli hati dan ramai yang mengakui tangan anak-anak kecil ini memang laju bertindak.

image is not available

Mujurlah Fattah Amin tak jatuh masuk dalam kolam tu ye! Kalau tak, lagi haru jadinya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.