Lebih 100K ‘Sign’ Petisyen Untuk LZJ & Goh Jin Wei, Dari Singapura & Brazil Pun Ada!

24 Jan 2022 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jumaat lepas dunia sukan negara kita telah dikejutkan dengan berita pemain badminton perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia dan juga Goh Jin Wei yang digantung selama dua tahun daripada menyertai apa-apa kejohanan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hukuman yang dikenakan kepada dua pemain itu dianggap tidak adil bagi peminat-peminat sukan kerana ianya boleh dikatakan tidak setimpal dengan tindakan yang dibuat oleh Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei.

image is not available

Sehubungan dengan itu, demi menuntut keadilan buat dirinya, rakyat Malaysia berganding bahu dengan menyertai petisyen ‘Don’t Banned Lee Zii Jia & Goh Jin Wei’ yang mula dibuat sejak Jumaat petang lalu selepas keputusan yang mengejutkan dari BAM.

 

image is not available

Petisyen cecah 100k

Sehingga kini, petisyen itu mendapat maklum balas yang baik kerana telah mendapat lebih dari 100 ribu sokongan sehingga ke negara luar seperti Brazil dan juga Singapura. Ini kerana berita itu telah mengejutkan orang ramai malah turut menarik perhatian dari pemain badminton nombor satu dunia iaitu Viktor Axelsen.

image is not available

Netizen sedih, LZJ tukar gambar profil media sosial

Mendapat sokongan yang berterusan dari netizen, Lee Zii Jia yang kini berusia 24 tahun itu menunjukkan rasa berterima kasih dengan membuat repost story menerusi akaun Instagramnya @leeziijia selama tiga hari berturut-turut.

image is not available

Sebelum itu, Lee Zii Jia dilihatkan menukar gambar profil atau default picture setiap media sosialnya termasuklah Facebook dan juga Instagram kepada gambar kosong berwarna hitam sepenuhnya.

image is not available

Netizen menyifatkan bahawa tindakan pemain nombor tujuh dunia itu benar-benar menunjukkan rasa sedihnya selepas mendapat keputusan dari BAM dan mereka hanya mampu mengisi petisyen yang dibuat dengan harapan keputusan itu akan berpihak kepada Lee Zii Jia dan juga Goh Jin Wei.

image is not available

Nampaknya sampai ke hari ini masih lagi kecoh di media sosial tentang isu sukan negara malah netizen menyuarakan pendapat mereka agar kes ini berakhir dengan memberi keadilan dan menemui kata sepakat kedua-dua pihak.

Apa-apa pun, min harap Zii Jia dan juga Jin Wei teruskan kuat yaa! Semoga semuanya dimudahkan…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.