“Dia Akan Selalu Ingatkan Solat..” – Iqbal Akhirnya Jumpa Pengganti?

26 Jan 2022 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik hantaran foto dan video bersama seorang gadis di laman Instagram miliknya.

Hantaran tersebut telah mengundang tanda tanya ramai netizen yang mahukan kepastian adakah dia telah bertemu jodoh di Indonesia.

Tampil menjawab persoalan tersebut, Iqbal menjelaskan dia kini sedang mengenali seorang wanita yang merupakan penyanyi di negara seberang bernama Indah Nevertari.

Banyak perkara mengenai Indah yang membuatkan saya suka, antaranya dia sangat menjaga solat. Dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

Namun, menurut Iqbal buat masa ini dia masih belum bersedia dan lebih selesa berkawan rapat dahulu. Dia juga turut memaklumkan perkara tersebut kepada Indah agar tidak memberi harapan.

Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu.

Dalam pada itu, Iqbal meluahkan rasa syukur dengan pertemuannya bersama Indah yang disifatkan seorang yang sangat baik, rendah diri, dan memahami perjuangannya.

image is not available 1 minggu lalu

"Saya Berani Sumpah Junjung Al-Quran" - Iqbal Tepis Dakwaan 'Dibela' & Ditanggung Seseorang