Netizen Bengang, Geng Mustang Berhenti Tengah Jalan Isi ‘Minyak’ Sampai Ganggu Trafik

Entertainment
25 Feb 2022 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video tindakan individu memberhentikan kereta di tengah jalan raya ini viral di media sosial dan telah membuatkan warganet jadi bengang apabila menontonnya.

 

Berhenti kereta ramai-ramai semata nak isi minyak

Apa yang membuatkan mereka bertambah marah adalah, mereka memberhentikan kereta mewah jenis Mustang itu saat aliran jalan tengah sesak.

Dalam video yang berdurasi 41 saat itu, dilihat tujuan mereka memberhentikan kereta hanyalah kerana salah seorang rakannya itu kena isi minyak sebab dah habis.

image is not available

image is not available

Video yang asalnya di TikTok dan meraih 168.K jumlah tontonan itu dikongsikan semula di Twitter dan viral sehingga meraih lebih daripada 10K jumlah retweets dalam masa 18 jam.

image is not available

Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenalpasti, ramai netizen yang bengang dengan mereka ini, sanggup mengganggu pengguna jalan lain semata-mata nak buat content.

 

Situ dah tempat jammed, kau boleh buat content pulak – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, mungkin ada sebablah kot diaorang berhenti tengah, mungkin jalan sesak buatkan diorang susah nak tolak kot #husnuzon.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved