“Kesianlah kat anak” – [VIDEO] Lelaki Dikecam Buat Aksi Merbahaya Ketika Naik Motor Dengan Anak

17 Feb 2022 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun sudah menjadi ibu dan ayah, tidak ada masalah untuk individu itu meneruskan hobi zaman mudanya seperti berbasikal atau berkonvoi motosikal dan sebagainya.

Pun begitu, jika hobi korang agak merbahaya seperti yang dilakukan lelaki di dalam video di bawah, adalah lebih baik jika korang jangan libatkan anak-anak sekali.

Menerusi perkongsian Twitter MyWatch, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dan kemudian membuat aksi ‘wheely’ sambil membonceng anaknya di hadapan.

Menerusi video itu juga dapat dilihat budak perempuan yang didakwa anak lelaki tersebut sedang berteriak takut apabila bapanya membuat aksi merbahaya itu. Aduhai…

“Bawak anak satu hal, tak pakai helmet satu hal”

Video yang viral itu telah mendapat pelbagai kecaman netizen yang mengutuk sikap tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan membawa motosikal secara merbahaya ketika membonceng anak di hadapan.

Malah ada juga yang mengatakan lelaki tersebut seakan-akan terasa dicabar apabila rakannya yang merakam perbuatan itu menyuruh dia melakukan aksi tersebut. Kesian kat anaknya!

image is not available

Apa-apapun diharapkan si bapa sedarlah akan kesalahannya dan tak buat perkara macam ni lagi. Kasihan kat anak kalau jadi apa-apa nanti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.