Individu Dikecam Hanya Rakam Mangsa Terbakar? Doktor Ini Kongsi Langkah Patut Diambil

17 Feb 2022 • 3:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di media sosial hari ini kecoh diperkatakan mengenai video viral memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta dalam keadaan api marak.

Cemas melihat insiden itu, ada segelintir netizen mengecam tindakan perakam yang didakwa hanya melihat mangsa terbakar.

Tetapi tahukah korang bila berhadapan situasi sebegini ada sesetengah orang akan panik dan tak tahu nak buat apa.

image is not available

Di Facebook Dr Yazeed Hair Johari kongsi langkah-langkah yang patut diambil sekiranya korang berdepan situasi ini.

Menurut doktor ini, langkah pertama yang perlu dibuat adalah menjauhkan mangsa daripada punca kebakaran dan padam api di badan mangsa.

Ambil baju, selimut, kain pelikat atau apa-apa yang ada untuk padamkan api tu pada badan mangsa. Buka baju sendiri pun boleh, kain tudung dan sebagainya. Kalau permukaan lantai yang sesuai boleh suruh mangsa roll badan dia atas lantai sehingga api terpadam.

Seterusnya, selepas api padam cuba kurangkan panas dengan menyimbah air pada badan mangsa.

Korang tahan seberapa banyak kereta yang lalu mintak air botol seberapa banyak yang boleh.

Jelas doktor ini, walaupun api sudah padam dalaman mangsa masih kepanasan jadi air yang banyak diperlukan.

Langkah ketiga adalah menanggalkan semua aksesori di badan mangsa seperti jam, rantai, gelang tangan, tali pinggang dan sebagainya. Ini kerana selepas kebakaran badan akan mula membengkak.

Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak panik bila berhadapan situasi ini. Sebolehnya sediakan alat pemadam kebakaran di dalam kereta untuk sebarang kes kecemasan.

Perkongsian penuh:

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.