VIRAL Mangsa Kemalangan Terbakar Satu Badan Berjalan Keluar Dari Kereta, Rupa-rupanya…

Entertainment
17 Feb 2022 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Semalam, viral sebuah video menunjukkan mangsa kemalangan kereta telah keluar dari kenderaan dan berjalan dengan keadaan hampir seluruh badannya terbakar.

Kejadian ngeri ini berlaku di Jalan Syed Omar, Kg Syed Omar, Kangar, Perlis. Pihak berkuasa telah mendapat panggilan pada jam 8.49 malam semalam memaklumkan terdapat kereta terbakar beserta seorang lelaki di dalam kenderaan.

Kebakaran Kereta 16 Februari 2022/ KANGAR – Kebakaran Kereta di Jalan Syed Omar, Kg. Syed Omar, Kangar, Perlis. Bomba…

Posted by Bomba Perlis on Wednesday, February 16, 2022

Seorang orang awam kemudian memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar dan ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arah keretanya.

“Saksi kemudian keluar dari kereta dan menenangkan lelaki serta memadamkan kebakaran pada badan mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan kebakaran pada kereta mangsa dan mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan.”

Cubaan bunuh diri

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa berusia 28 tahun itu merupakan pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan.

Menurut keluarga mangsa, lelaki tersebut pernah cuba membunuh diri pada Januari dan Selasa lalu namun sempat diselamatkan oleh ahli keluarga.

Punca mangsa cuba membunuh diri dipercayai kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.”

Bapa mangsa mengatakan anaknya itu telah meminum petrol sebelum keluar rumah menaiki keretanya. Ekoran curiga dengan tindakan anaknya itu, bapa ini telah pergi ke balai untuk membuat laporan polis sebelum mendapat tahu tentang penemuan kereta terbakar di atas jambatan Kg Syed Omar.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas 96 peratus dari badannya melecur teruk.

 

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.