Denmark Jadi Negara Pertama Dalam EU Mansuh Semua Peraturan Sekatan Melibatkan Covid-19

Entertainment
6 Feb 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah lebih 2 tahun dunia berada dalam keadaan pandemik Covid-19. Walaupun vaksin sudah ditemui dan kesannya dalam melemahkan virus Covid-19 telah terbukti, masih banyak negara yang masih mengenakan peraturan sekatan berkenaan pandemik.

Namun, salah satu negara anggota Kesatuan Eropah (EU), Denmark baru-baru ini mengumumkan untuk memansuhkan semua peraturan sekatan melibatkan Covid-19 dalam negara. Pemansuhan itu sekaligus menjadikan Denmark negara pertama dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah untuk berbuat demikian.

image is not availableMemetik laporan BBC, Denmark ini telah mencapai 81% penduduk lengkap menerima vaksin Covid-19. Menteri Kesihatan Denmark, Magnus Heunicke tidak lagi mengklasifikasikan Covid-19 sebagai ‘socially crictical sickness’, malahan virus itu dikategorikan sebagai selsema biasa atau common flu.

Pemansuhan sekatan melibatkan Covid-19 di Denmark bermakna tiada lagi peraturan wajib pemakaian pelitup muka atau facemask di tempat tertutup, tiada lagi penggunaan “Covid pass” untuk individu yang lengkap divaksin untuk memasuki bar, restoran dan tempat tertutup, dan tiada lagi kuarantin kendiri sekiranya didapati positif Covid-19.

image is not available

Heunicke juga menegaskan akan melakukan sekatan tertentu sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dan berjanji akan memansuhkan semula sekatan tertentu secepat mungkin.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.