DBKK pertimbang tambah baik struktur tanah di Taman Melati

15 Feb 2022 • 3:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menjalankan penambahbaikan struktur tanah di Taman Melati untuk mengurangkan kerosakan kepada laluan jalan kaki serta kemudahan awam lain, termasuk parit, di kejiranan Kolombong ini.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan (ED) agensi itu berkata usaha penambahbaikan itu akan melibatkan “melapisi dan meninggikan aras tanah” di kawasan umum di sana.

“Banyak mendapan telah berlaku di kawasan perumahan itu sejak ia mula dibina bertahun-tahun lalu,” katanya.

“Ini menjejaskan infrastruktur sedia ada, seperti jalan perumahan, parit dan apron bangunan.”

MEREKA juga memeriksa keadaan beberapa kemudahan awam di kejiranan itu.

Dia berkata struktur yang tidak disokong cerucuk, seperti pagar dinding bata untuk rumah-rumah di sini, juga tidak terkecuali.

“Retakan telah terbentuk pada konkrit untuk kebanyakan pagar ini.”

Jurucakap itu berkata ED perlu mendapatkan dana untuk menangani pergerakan tanah tersebut.

“Sekiranya kos didapati terlalu mahal, kami mungkin perlu menunggu sehingga pemendapan berhenti sepenuhnya sebelum memulakan pembaikan.

“Pendekatan yang lebih holistik mungkin diperlukan untuk menghentikan pergerakan ini.

“Salah satu strategi yang sedang dipertimbangkan adalah kemungkinan ‘menanam cerucuk’ untuk menyelesaikan masalah ini.”

Dalam pada itu, dia berkata, DBKK akan mengatur supaya jalan diturap semula dan konkrit di kawasan umum ditampal.

“Ini diharap dapat memberi kelegaan sementara kepada pembayar cukai kami di sini.

“Kakitangan kami juga akan membuat pemeriksaan berkala terhadap keadaan kemudahan sedia ada di sekitar kawasan kejiranan itu.”

Jurucakap itu mengulas dakwaan seorang pemilik rumah di Kolombong mengenai kegagalan DBKK untuk menangani kerosakan di kawasan umum sekitar Taman Melati sejak dua tahun lalu.

RETAKAN seperi ini menjalar di dinding pagar konkrit di hadapan beberapa rumah di Taman Melati.

Dia mula-mula menghubungi agensi berkenaan mengenai masalah ini pada Jun 2020 dan sekali lagi pada Januari dan Februari tahun berikutnya.

Pemilik rumah itu berhubung dengan agensi itu bulan lepas, apabila tiada tindakan dilihat, dan terkejut apabila mengetahui bahawa dua laporan pertamanya telah “ditutup buat sementara waktu”.

Dia tidak faham bagaimana kes ini boleh diselesaikan kerana, selama ini, tiada seorang pun dari pihak DBKK datang untuk meninjau pagar halaman depannya atau laluan jalan kaki di luar rumahnya.

Individu itu berkata kerosakan pada struktur-struktur ini telah menjadi semakin teruk selama ini, dengan retakan menyelubungi dinding di pekarangan rumahnyanya serta membelah konkrit di bahu jalan.

Dia memberi Hotline lokasi rumahnya, yang dimaklumkan kepada DBKK.

Jurucakap itu menafikan dakwaan mengenai tiadanya tindakan agensi itu, dengan mengatakan bahawa ED telah merancang untuk menurap semula Lorong Melati tahun lepas.

KEDUDUKAN jeriji parit di laluan kaki lima di luar rumah pengadu sudah tidak betul disebabkan konkrit yang retak teruk.

“Kami memasukkan ini dalam senarai kerja kami lebih setahun lalu tetapi kekangan bajet menghalang kami daripada membaik pulih jalan itu,” katanya.

“Kakitangan, yang menjadualkan penurapan semula jalan itu, memberitahu bahawa tanah di bawahnya perlu ditambah setiap lima tahun disebabkan mendapan.

“Dia mendapati bahawa pergerakan tanah masih berlaku semasa pemeriksaannya pada Januari 2021.”

Pada Jun lalu, kakitangan sama mengesyorkan agar saliran dan infrastruktur awam lain di kawasan kejiranan itu dibina semula, menurutnya.

“Ini sekali lagi tertakluk kepada ketersediaan dana pada masa itu. Bagaimanapun, cadangannya diambil maklum dan dimasukkan antara projek yang kami harap dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Jurucakap itu berkata, semakan rekod agensi itu mendapati Lorong Melati kali terakhir ditampal pada 2015, manakala masalah pergerakan tanah di kawasan ini bermula sejak 2008.

“Salah seorang jurutera kami bertemu dengan pemilik rumah itu minggu lalu untuk memeriksa kerosakan hartanahnya, serta yang berlaku di kawasan umum, termasuk loji rawatan pembetungan untuk kawasan kejiranan itu.”

SIEW dari Kolombong mengeluh mengenai kekurangan penyelenggaraan struktur yang dijalankan ke atas kemudahan awam di sekitar Taman Melati.

“Konkrit untuk parit di hadapan rumah kami dan laluan kaki lima retak teruk,” katanya.

Dia berkata jeriji, yang diletakkan di lokasi strategik di atas parit, teralih dari kedudukannya di bahu jalan kerana perkara ini.

“Dinding parit juga sudah pecah dan runtuh di banyak tempat.

“Saya bimbang serpihan ini mungkin menyumbat saluran keluar dan menyebabkan air di dalamnya melimpah apabila hujan lebat.”

Siew juga tidak senang hati dengan kerosakan pada dinding pagarnya dan jalan masuk berhampiran.

“Susur jalan untuk jalan masuk rumah saya sudah terpisah dari dasar pagar,” katanya.

Dia berkata retakan juga telah terbentuk di dinding pagar itu.

“Saya meminta DBKK datang dan mengesahkan perkara-perkara ini dalam e-mel pada 24 Februari tahun lalu,” katanya.

Tiada sesiapa daripada agensi itu telah datang untuk menjalankan pemeriksaan ini ketika beliau menghubungi Hotline pada 17 Januari lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.