“Boek punya buat trick sekali…” – Wanita Terkejut ‘Ditampar’ Mee Masa Minum Air Di Restoran

Entertainment
26 Feb 2022 • 10:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain jual makanan, ada juga sesetengah restoran mahal yang turut ‘menjual’ pengalaman sebab chef mereka akan buat pertunjukan di hadapan pelanggan yang sedang makan bagaimana hidangan mereka dimasak.

Namun, buat wanita ini pula, dia terkejut sebab ketika sedang syok minum air dan menikmati hidangannya, tiba-tiba dia ditampar oleh mee tarik yang sedang dibuat oleh chef restoran.

Menurut Suara.com, video wanita itu ‘ditampar’ oleh makanan telah dikongsikan oleh akaun TikTok ald.vision baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah restoran hotpot di Indonesia dan ketika wanita terbabit sedang minum air, sebuah pertunjukan cara buat mee telah berlangsung oleh staf restoran.

Pekerja itu dilihat sedang menarik-narik doh yang dipercayai doh mee dan dia juga menari dan berputar mengikut rentak muzik.

image is not available

Walau bagaimanapun, tanpa disangka, staf restoran itu kemudiannya tiba-tiba terlepas pegangan doh mee dan terkena mata pelanggan wanita yang sedang minum air.

Boleh dilihat bahawa pekerja restoran tersebut juga sangat terkejut, panik dan terus membantu pelanggan terbabit untuk membersihkan meja makannya lepas air tumpah.

image is not available

Sehingga kini, video TikTok tersebut telah meraih sehingga 4.9 juta tontonan manakala netizen pula rata-ratanya terhibur dengan kejadian tersebut.

Ada yang tak boleh bayang apalah perasaan pekerja restoran yang sebabkan kejadian tu sebab dia mungkin akan rasa bersalah yang amat sangat sebab tak sengaja kan.

Selain itu, ada juga yang tanya kalau jadi macam ni, adakah pelanggan tu tak perlu bayar harga makanan.

Min rasa owner restoran sekurang-kurangnya kena bagi diskaun la kan dekat customer tu, sebab orang datang nak makan tiba-tiba dapat penampar free pulak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.