Booster Berkesan Melawan Omicron, KJ Minta Orang Ramai Berhenti Baca Konspirasi Sampah Di Facebook

20 Feb 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mengekang dan mengawal penyebaran virus Covid-19 varian Omicron, kerajaan menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 atau lebih dikenali sebagai booster shot.

Terkini, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya @Khairykj memuat naik data yang menunjukkan keberkesanan dos penggalak.

Dalam tweet tersebut, Khairy juga menegaskan orang ramai supaya tidak lagi mengikuti mana-mana dakwaan tidak benar atau konspirasi mengenai dos penggalak daripada pihak tertentu.

image is not availableimage is not availableimage is not available

 

Reaksi netizen

Nampak gayanya netizen banyak memberikan buah fikiran masing-masing selepas KJ memuat naik tweet kat atas ni. Ada yang menyokong, dan tak kurang juga yang berpandangan negatif. Tapi yang negatif tu min malas lah nak share dengan korang.

image is not availableBetul, orang yang pernah kena Covid je tahu sakit dia macam mana. Alhamdulillah min tak pernah kena, tapi bila tengok kawan-kawan yang sampai masuk ICU sebab virus ni, min pilih untuk ambik vaksin sebagai ikhtiar hidup.

image is not availableBooster secara khususnya memang berkesan. Bila bercakap soal vaksin secara am, memang terbukti. Yes, kita still boleh kena covid walaupun dah booster, tapi simptom tu lebih ringan dari kena masuk ICU.

image is not availableMungkin iluminati ini lah yang KJ maksudnya sebagai geng konspirasi tu kan. Tak sangka ramai sebenarnya yang percaya dengan teori konspirasi dekat Facebook tu.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.