Seronok Buat ‘Content’ Sampai Abai Emosi Anak, Netizen ‘Sedih’ Tengok Parents Zaman Sekarang

Entertainment
25 Feb 2022 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekarang ni, ramai betul orang yang kejar content kan? Sampai kadang-kadang tu ada yang sanggup buka aib sendiri demi raih views dan likes yang tinggi!

Lebih menyedihkan lagi apabila ibu bapa milenial masa kini pun masing-masing berlawan buat challenge, tontonan siapa paling tinggi. Tetapi tanpa mereka sedari, yang menjadi mangsa siapa? Anak-anak.

Seperti perkongsian daripada yang menjadi perhatian ramai di laman Twitter baru-baru ini. Seorang therapist dalam bahagian kesihatan mental daripada Amerika Syarikat telah pun memberi komen tentang sebuah video yang menunjukkan seorang ibu membuat challenge kepada anak lelakinya.

@preschooltherapy

Original video: @Bramty can we teach kids that their voice is more important than views. #childmentalhealth #preschooltherapy #parentduet #gentleparenting #childtherapist #parentsoftiktok

♬ original sound – Ryan Allen

Melalui video yang dimuat naik oleh Ryan Allen ini di TikToknya, dia menegur seorang ibu yang membuat challenge menyembur air kepada anak lelakinya sehingga anaknya itu menangis.

“Stop it!”

Menurut Ryan, tindakan ibu tersebut dikatakan agak tidak wajar apabila anaknya berkali-kali memberitahu dia tidak suka akan perbuatan ibunya yang menyembur air ke rambutnya sehingga basah.

“Ibu bapa juga seharusnya menghormati keputusan dan permintaan anak-anak” komen Ryan.

Dalam konteks video tersebut, ibu itu bukan sahaja mengendahkan permintaan anaknya supaya berhenti menyembur air, dia malah mentertawakan anaknya sehingga anaknya give up dan mula menangis.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sedih dan kecewa dengan tindakan ibu tersebut yang seolah-olah mengabaikan emosi anaknya itu.

Walaupun dalam bentuk gurauan, tetapi content sebegini dikatakan tidak sepatutnya berlaku kerana ia seperti ‘mengajar’ anak-anak bahawa suara mereka tak didengari. Ada juga yang menganggap tindakan ibunya itu tiada bezanya dengan membuli.

Mungkin si ibu memang niat nak bergurau je. Tapi pada pendapat min lah, ada betulnya cakap Ryan ni…daripada kita jadikan anak kita bahan ketawa, baik kita tunjukkan contoh yang baik-baik je sebagai content. Betul tak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.