“Kan comel tu?” – [VIDEO] Individu Minta Jangan Panggil Gadis Cina ‘Amoi’, Tapi Lain Pula Kata Netizen

Entertainment
16 Feb 2022 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak korang panggil gadis berbangsa Cina dengan panggilan ‘amoi’? Takpun, korang sendiri kena panggil ‘amoi’ dengan aunty uncle Chinese… Benda biasa lah kan tu?

Walau bagaimanapun, ada satu perkongsian di TikTok yang jadi perdebatan netizen baru-baru ni hanya disebabkan dia menyuarakan pendapat tentang perkataan yang familiar dengan rakyat Malaysia tu.

Menerusi akaun milik @yyan02_, gadis berbangsa Cina ini mendakwa bahawa panggilan ‘amoi’ itu agak kasar walaupun ianya dikatakan sinonim untuk gadis-gadis Cina. Tambahnya lagi, dia lebih selesa sekiranya orang memanggilnya dengan nama sendiri.

“Sebenarnya perkataan ni agak offensive. Sama macam jugak macam perkataan ‘awek’… Korang mesti tak suka kan kena panggil ‘awek’? – Ujar gadis dalam video

“Uncle Cina pun panggil other girls amoi”

Pun begitu, di bahagian komen rata-rata pengguna TikTok yang lain menyifatkan panggilan tersebut tidaklah kedengaran kurang ajar mahupun tidak sesuai digunakan untuk memanggil gadis-gadis Cina yang lain.

image is not available

Malah, siap ada yang kata bahawa panggilan itu sendiri digunakan oleh aunty uncle berbangsa Cina untuk memanggil gadis Melayu ataupun gadis India yang lain sekiranya tidak mengetahui nama atas sebab sebagai tanda hormat.

Min rasa, nak guna panggilan apa-apa tu boleh je… Tapi kalau seseorang tu tak selesa dengan panggilan yang kita guna, better kita panggil yang buat dia rasa selesa dengan kita.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.