Dulu Cantik & Meriah! Ini 5 Tempat Terbiar Di Sekitar Lembah Klang Yang Dikatakan ‘Keras’

Entertainment
12 Feb 2022 • 4:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Membesar di Malaysia bermakna kita semua pasti pernah dimomokkan dengan kisah-kisah mistik daripada rakan-rakan mahupun internet. Kadang kala, nak pergi tandas pun perlu berteman!

Lebih-lebih lagi dengan pendedahan kisah seram daripada majalah popular seperti Mastika. Ditambah pula dengan rancangan mencari makhluk halus seperti Seekers, boleh dikatakan kita semua membesar dengan kisah-kisah seperti ini.

Kita semua juga harus bersetuju, perkara pertama yang lalu di minda apabila melihat tempat usang dan terbiar pastinya “tempat ni mesti ada hantu kan?”.

Untuk mengimbau kenangan lama semasa kita kecil, hari ini Lobak Merah akan kongsikan senarai tempat yang pernah popular namun kini terbiar dan dikatakan ‘keras’ oleh penduduk setempat.

1. Safari Lagoon

Jika anda menetap di Kuala Lumpur, pasti anda kenal dengan nama Safari Lagoon yang merupakan tarikan menarik di buat penduduk setempat kerana keunikan taman tema air ini yang terletak di atas bangunan. Untuk rekod, Safari Lagoon berlokasi di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.

image is not available

image is not available

Meskipun terletak di tengah bandar dan sebelah lebuh raya MRR2, Safari Lagoon tetap menawarkan pengalaman yang menarik dengan rekaannya yang seakan-akan hutan kecil.

Bagaimanapun pada tahun 2007, seorang pekerja di situ dilaporkan mati secara tragis – dia cuba untuk mendapatkan semula barang-barang yang ditinggalkan pengunjung, tetapi akhirnya terperangkap di dalam pam air dengan tekanan tinggi.

image is not available

Hasil siasatan mendapati Safari Lagoon sebenarnya telah beroperasi tanpa lesen selama 8 tahun. Sehingga kini, Safari Lagoon dan bangunan di bawahnya terbiar dan dikatakan ‘keras’ oleh penduduk di sekitarnya.

2. Mimaland

Rasanya kita semua sudah tahu akan kisah taman tema Mimaland yang dahulunya merupakan lokasi yang sangat popular dan meriah.

Mimaland dibuka kepada orang awam pada tahun 1971 dan merupakan taman tema pertama yang dibina di Malaysia. Mimaland terkenal dengan replika dan patung dinosaur yang dikelilingi oleh hutan kecil dan taman tema air.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun pada tahun 1993, seorang pelancong dari Singapura didakwa lemas di dalam kolam. Pada tahun berikutnya pula, dikatakan berlaku kejadian tanah runtuh di sekitar kawasan itu sehingga timbulnya masalah keselamatan di Mimaland.

Mimaland akhirnya ditutup buat sementara waktu untuk tujuan membaik pulih, namun masih tidak dibuka sehingga ke hari ini. Ekoran itu, Mimaland kini menjadi lokasi penggemar kisah mistik untuk membuat eksplorasi mencari hantu.

image is not available

image is not available

3. Rumah Agam Bukit Tunku

Sebelum ini, Bukit Tunku dikenali sebagai Kenny Hill namun ditukar kepada nama yang kini sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Boleh dikatakan, Bukit Tunku dipenuhi dengan rumah mewah dan besar.

Namun jika anda berjalan di kawasan perumah di situ, anda akan terlihat sebuah rumah agam yang terbiar dan penuh dengan semak samun.

image is not available

Menurut cerita orang lama-lama, dikatakan rumah tersebut pernah didiami oleh sebuah keluarga sebelum seorang wanita mengambil nyawanya dengan menggantung diri di tingkat kedua rumah.

Lokasi ini turut menjadi tempat kegemaran para pencari hantu. Menurut salah seorang pemburu hantu, dia berhadapan dengan kejadian pelik di rumah ini apabila ada seseorang yang membaling batu ke kepalanya.

Dia turut mendakwa sering mendengar suara wanita menyanyi di lokasi di mana wanita tersebut membunuh diri.

image is not available

image is not available

4. Highland Tower

Kejadian Highland Tower runtuh pernah menggemparkan seluruh Malaysia pada suatu ketika dahulu. Pada tahun 1993, berlaku tanah runtuh di situ sehingga menyebabkan satu bangunan di situ runtuh, lalu mengorbankan 48 nyawa.

image is not available

image is not available

Selepas itu, baki dua bangunan itu tidak didiami oleh penduduk sehingga ke hari ini. Dikatakan, bangunan terbiar tersebut menjadi ‘lubuk’ buat penagih dadah dan penjenayah.

Lokasi ini turut popular dengan kisah mistiknya apabila ada individu yang pernah mendengar suara orang menjerit dan menangis pada waktu malam.

image is not available

5. Plaza 63

Pusat beli-belah ini terletak berdekatan dengan lebuh raya Sungai Besi. Dilaporkan, semua kedai di dalam pusat beli-belah ini terbiar dan ditutup kecuali sebuah kelab malam yang masih dibuka.

Mereka yang berkunjung ke kelab malam tersebut pernah mendedahkan mereka mengalami kejadian pelik ketika berada di Plaza 63.

image is not available

image is not available

Ada lokasi lain yang anda nak tambah? Boleh kongsikan di ruangan komen!

Kredit: TripCanvas

image is not available

 

Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas Sumber: Trip Canvas

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.