
Korang mesti selalu tengok peminat K-idol atau mana-mana selebriti, tak kesah lah lokal atau antarabangsa, ‘star-struck’ bila jumpa idola diorang kan?
Selalunya K-idol lah yang paling obvious sekali. Kalau ada fan-meeting tu, fuh macam-macam gaya peminat korang boleh jumpa! Tapi, korang mesti tak pernah tengok lagi orang Korea yang terpegun dengan selebriti Malaysia kan?
Jadi, satu perkongsian melalui laman TikTok Youtuber terkenal Blimey ini telah berjaya membuat ramai gadis tempatan jealous dengan mereka!
@blimey.wow It happened for real #hunhaqeem @jadefromseoul #blimey #fyp #tiktokmalaysia #viral
Melalui posting yang dimuat naik gadis-gadis Blimey ini semalam, mereka telah berjumpa dengan aktor tampan yang sedang meningkat popular, Hun Haqeem secara live. Ia telah menarik perhatian para netizen terutamanya dalam kalangan gadis tempatan.
“Mana aci jumpa Jekfer dulu!”
Dalam hanya 7 saat sahaja, video yang dimuat naik tak sampai sehari ini telah berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak sejuta views! Di ruangan komen pula, ramai yang menyatakan rasa cemburu mereka dengan gadis-gadis Blimey ini.

Sebelum ini, di saluran YouTube mereka gadis-gadis Blimey ini telah membuat satu video react jejaka ideal Malaysia dan salah seorangnya termasuklah selebriti tampan yang popular dengan watak Jekfer dalam siri Kampung People ini.
Wow, Jekfer dah terkenal sampai Korea, lepasni boleh panggil Hun Oppa lah kan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

