“Dia pun nak mandi” – [VIDEO] Seram! Lelaki Nak Tunjuk Pacat Lepas Hiking, Tapi Ternampak…

Entertainment
28 Feb 2022 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang dah biasa pergi hiking kat kawasan yang lembab, mesti takkan lari dari kejadian kena gigit dengan pacat yang hinggap di kaki atau mana-mana anggota badan korang kan? Kalau nak tarik tu, uish… Ngilu!

Perkara itu dianggap biasa kerana hampir semua orang pernah mengalami situasi tersebut. Ini kerana ia merupakan habitat hidup haiwan tersebut di samping menghisap darah untuk terus survive.

Sama seperti satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna akaun TikTok @kifley02, yang mana dia merakam dirinya yang berehat sementara di tepi sungai selepas hiking.

Di awal video lelaki itu, dia sempat menanggalkan kasut untuk menunjukkan jumlah pacat yang hinggap di kedua-dua kakinya namun semuanya berkumpul di satu tempat yang sama. Banyak betul weh nasib baik pakai stoking tebal!

“Lama betul dia kat atas batu tu”

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai dari video yang dikongsikan itu bukanlah jumlah pacat yang ada, tetapi kelibat ‘sesuatu’ yang dipercayai turut ada dalam rakaman itu.

Ini kerana, semasa lelaki itu merakam seluruh kawasan sungai itu difahamkan ramai yang ternampak lembaga putih berada di kawasan air terjun. Katanya jelas pulak tu!

“Seram wey kat batu tu.. tu mesti peminat abg Awt x bwk trun kesian dia sejuk image is not available” – Komen netizen

image is not available

Video itu kini telah mendapat lebih dari 4 juta tontonan di TikTok dan juga memperolehi lebih 200K likes! Bukan tu je, disebabkan ramai yang mahu mendapatkan kepastian mereka, lelaki ini memuatnaik video asal tanpa sebarang tambahan filter muzik. Korang boleh tengok kat bawah ni.

Real betul ni! Apa-apa pun nasib baik lah abang ni selamat juga habiskan aktiviti hiking dia. Cantik je kawasan sungai tu… Refreshing orang kata!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.