
Walaupun dah masuk tahun 2022 ni, boleh dikatakan isu kemurungan dan tekanan yang dialami oleh seseorang itu masih lagi mendapat perhatian orang ramai.
Bukan itu saja, baru baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut mengeluarkan infografik tentang masalah kemurungan yang dialami oleh remaja di Malaysia yang semakin membimbangkan.
Baru-baru ini, timbul pula isu yang mana seorang YouTuber telah membuat satu perkongsian mengenai cara untuk mengatasi masalah ‘depression’. Hal ini telah menyebabkan pakar psikiatri tampil bersuara di Twitter.
Please stop inviting people who don’t have the right credentials to talk about things that are not within their expertise… pic.twitter.com/aG4L319gQg
— Tatty Hassan (@tattyhassan) February 16, 2022
Gambar screenshot DM Instagram dari pakar psikiatri itu dikongsikan oleh influencer terkenal iaitu Tatty Hassan di akaun Twitternya @tattyhassan. Tweet itu juga telah mendapat lebih dari 3K retweets dan 5K likes.
“Tolong berhenti jemput orang yang tak ada kelayakan untuk bercakap tentang sesuatu yang bukan dlam bidang kepakaran mereka” – Kapsyen Twitter Tatty
“DASS tak accurate untuk diagnos kemurungan”
Menerusi DM itu, pakar psikiatri menegaskan bahawa perisian dari video YouTube yang dimuatnaik itu mengelirukan dan akan menyebabkan penonton salah faham. Malah, ujarnya lagi, keputusan dari DASS tidak selalunya tepat untuk seseorang itu didiagnos dengan ‘depression’.
Sebagai pakar psikiatri yang berpengalaman, dia memaklumkan bahawa seseorang itu hanya boleh didiagnos dengan ‘depression’ oleh psikiatri selepas menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan dalam masa yang diberikan.
Hmmm… Ramai juga netizen yang tak bersetuju dengan content ni. Harapnya lepasni YouTuber kat luar sana lebih berhati-hati ya kalau nak upload sesuatu video tu okay?
Baca: “Takut nak bagitau” – Guru Dedah Sikap Sambil Lewa Ibu Bapa Didakwa Jadi Punca Murid Kemurungan
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



