“Jadi zombie kira mati syahid tak?” – Dr Zulkifli Respon Soalan Pelik Netizen

Entertainment
10 Feb 2022 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai seorang bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Dr Zulkifli sering diajukan dengan soalan-soalan tentang hukum dan agama dari netizen.

Tapi baru-baru ini menerusi Twitter, ramai netizen yang tercuit hati dengan respon Dr Zulkifli apabila dia mendapat soalan pelik dari seorang gadis ini.

Mungkin terpengaruh dengan series yang tengah meningkat naik dekat Netflix sekarang “All of Us Are Dead”, seorang gadis telah bertanyakan soalan berkaitan dengan zombi kepada Dr Zul.

Salam @drzul_albakrisaya dah lama tertanya-tanya. Kalau dekat Malaysia ni tiba-tiba ada zombie kan, lepas tu Muslim ni jadi zombie, kira mati syahid tak? Saya serius nak tahu ni, bukan main-main.”

“Ah ghisauuu”

Tanpa menjawab pertanyaan tersebut, Dr Zulkifli telah meluahkan kerisauannya dengan pemikiran gadis tersebut sekali gus buatkan ramai netizen terhibur.

image is not available

“Jangan berangan”

Untuk pengetahuan korang, Ustaz Adnin yang sering menjawab persoalan netizen tentang agama di TikTok juga pernah mendapat pertanyaan lebih kurang macam ni tau.

Alamak, ramai juga rupanya yang tertanya-tanya pasal hukum jadi zombi ni. Terpengaruh dari filem ke atau ada ura-ura bakal ada serangan zombi tak lama lagi ni? Apa-apa pun Dr Zul dan Ustaz Adnin ni memang terbaik, rajin betul luangkan masa untuk jawab soalan-soalan dari netizen.

Sebelum ni Dr Zul pernah tau jawab pasal hukum orang Islam makan daging penguin. Kalau korang nak tahu lebih detail, boleh baca article dekat bawah ni…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.