“Aku happy untuk ex kau” – Lepas 6 Tahun Bercinta, Wanita Tinggalkan BF Sebab Tak Mampu Beli BMW

Entertainment
24 Feb 2022 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lain orang lain caranya dalam menilai individu itu jika ingin dijadikan pasangan hidup. Untuk wanita ini, dia anggap lelaki yang tidak menepati kehendaknya itu adalah ‘sampah’.

Perkara itu didedahkan selepas dia ada membuat satu perkongsian menerusi UTAR confessions berkeaan dengan kisah percintaanya. Dia bertindak tinggalkan teman lelakinya setelah 6 tahun bercinta sebab baginya lelaki itu tidak stabil kewangan.

 

“Tahu tak betapa malunya kalau aku dengan dia? Dia dah 28 tahun dan dah kerja lama, tapi masih tak mampu nak beli rumah dan BMW.”

Dia juga menjelaskan bahawa bekas teman lelakinya itu merupakan cinta pertamanya sejak bersua di koleh dan keputusannya untuk putuskan hubungan ini sebab katanya dia dah tak nampak future dengan lelaki tersebut.

Namun begitu, wanita ini menyatakan bahawa dia dah jumpa cinta barunya di tempat kerja.

image is not available

“Dia berumur 20 tahun dan ada rumah yang bernilai RM 600,000, dia pakai kereta Tesla! Dia pun ada simpanan.”

Katanya lagi, lelaki yang ada kestabilan dalam kewangan tersebut merupakan orang atasan di tempat kerjanya, katanya, lelaki tersebut ada meminta dirinya untuk jadi teman wanita lelaki tersebut dan dia menerimanya.

“Orang perempuan, korang dengar ni. Kita mesti kena cari lelaki yang berjaya, lelaki yang tak ada duit ni memang trash.”

image is not available

Dengan luahan yang dia berikan ini, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, dia dilabelkan materialistik dan ada yang sokong lelaki yang ditinggalkan itu, bagi mereka lelaki tersebut patut bersyukur.

Aku happy dengan ex kau – Netizen

image is not available
Translate : selagi mamat tu bayar loan, rumah dengan tesla tu masih milik bank. Kita semua ada kereta dan rumah. Jadi? Kau nak tunjuk apa sebenarnya ni? :

image is not available
Terjemahan : aku happy untuk ex kau! Dia dah lepas satu azab.
kau nak dengan dia sebab duit. So, kau buat benda betul tinggalkan dia sebab ex kau dah terlepas daripada seksa kau.

Apa pandangan korang pasal pendapat wanita, korang setuju atau pilih untuk pasangan yang boleh terima buruk baik dan menaikkan ‘dirri’ sama-sama?

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.