“Doakan saya sembuh”- Uncle Kentang Positif Covid-19 Kategori Empat, Sempat Kongsi Tips Buat Netizen

8 Feb 2022 • 11:01 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng semalam telah memaklumkan dirinya positif Covid-19.

Pengumuman tersebut dilakukan olehnya melalui akaun Facebook miliknya pada petang semalam. Walau bagaimanapun, aktivis popular ini masih tidak mendedahkan punca jangkitan tersebut berlaku.

Beliau yang kini ditempatkan di Hospital Serdang turut memaklumkan bahawa telefon bimbitnya akan dimatikan selama tujuh hari menerusi sebuah posting di Facebook kerja-kerja kebajikannya. Pejabatnya juga akan ditutup selama empat hari bermula semalam.

Pun begitu, beliau yang semalam dilaporkan positif Covid-19 kategori 4A pagi ini telah berkongsikan keadaan dirinya yang semakin baik. Kadar oksigen dan tekanan darahnya juga dalam keadaan yang baik pagi ini.

Katanya, berkat doa orang ramai serta layanan baik daripada pihak hospital juga antara penguat semangatnya untuk cepat pulih.

Sementara itu, Uncle Kentang juga sempat berkongsikan tips dan petua kepada semua pesakit lain ketika berada di hospital. Antara petua yang dikongsikannya ialah kumur garam Himalaya yang dicampurkan dengan jus lemon tiga kali sehari.

Pengalaman. Kalau sakit Covid dan bakal masuk hospital, kena bawa bersama botol air mineral besar so nurse boleh tolong…

Posted by Kuan Chee Heng on Monday, February 7, 2022

Menurutnya lagi, beliau berkemungkinan bakal dikeluarkan daripada hospital secepat mungkin berikutan keadaannya sekarang yang agak baik dan stabil. Orang ramai juga turut tak henti-henti mendoakan Uncle Kentang agar segera diberikan kesembuhan dan cepat keluar daripada hospital.

Beaming. I may have to be kicked out from hospital as my test result are all good.. Damn good news. Thanks doctors. Self quarantine at home. Kena pakai gelang. 10 days. Laju betul sembuh.

Posted by Kuan Chee Heng on Monday, February 7, 2022

Semoga Uncle Kentang diberikan kesembuhan dengan cepat dan dapat tolong orang ramai macam biasa lepasni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.