Lelaki maut dengan 12 das tembakan

1 Feb 2022 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki ditemui mati dengan 12 das kesan tembakan di kawasan parkir kereta sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, di sini pada Isnin.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.45 malam membabitkan mangsa berusia 31 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.30 malam sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tingkat tiga parkir kondominium berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati mangsa diserang lebih dua suspek bersenjatakan pistol dan buat masa ini kita tidak boleh beritahu berapa das tembakan terkena mangsa namun pemeriksaan pihak forensik di lokasi menemui 12 kelongsong peluru.

“Semakan juga mendapati mangsa menyewa di kondominium mewah ini sejak lima bulan lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Shuhaily berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam susulan mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk dikehendaki polis.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved