
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 28 tahun akan mengetahui nasibnya pada 10 Mac tahun ini berkaitan dakwaan merogol seorang remaja.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu bagi Shahreyan Shah Lagayu, melalui Zoom.
Shahreyan dituduh merogol remaja berumur 16 tahun itu di tempat letak kereta berhampiran Kompleks Sukan Likas, di sini, antara jam 10 malam dan 11.59 malam 10 November 2019.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dua lelaki masing-masing didakwa mengambil syabu secara berulang.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Ahmad Rudin Hamid dan Mojahiddin Mohd Amin selepas tuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan.
Laporan patologi dan rekod sabitan lampau juga belum diperolehi.
Mahkamah menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes dan dua tertuduh diperintah reman sementara menunggu tarikh itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
