“Tak masuk air” – Tuan Rumah Dipuji Genius, Guna Beg Pasir Untuk Elak Rumah Banjir

28 Feb 2022 • 10:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, hujan lebat yang turun berterusan di Kelantan dan Terengganu beberapa hari lalu telah mengakibatkan banjir yang buruk di kedua-dua negeri ini.

Jumlah mangsa banjir juga dilaporkan meningkat sejak malam tadi dengan 6,963 orang di Terengganu dan 7,558 orang mangsa di Kelantan.

 

Rumah tak masuk air?

Walau bagaimanapun, sejak dari semalam, tular satu video di Facebook yang memaparkan situasi banjir dihadapi penduduk di Kg Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan.

Agak mengejutkan apabila video itu memaparkan sebuah rumah tidak dimasuki air gara-gara kebijaksanaan tuan rumah tersebut.

Rumah dia tak masuk air banjir image is not available

Posted by Mohd Syamsyuri Zakaria on Saturday, February 26, 2022

 

Seperti yang korang dapat lihat di video atas, pemilik rumah berkenaan dipercayai telah membuat benteng daripada beg pasir yang telah menghalang kemasukan air ke rumahnya meskipun keadaan banjir boleh dikatakan agak teruk.

 

“Pemilik rumah ini tentu sekali seorang yang peka, analitikal dan terkedepan”

Video berkenaan kemudian telah mendapat perhatian page MatGeo yang sering membincangkan tentang isu cuaca dan geografi negara yang telah memuji tindakan tuan rumah tersebut sebagai bijak.

Menurut postingnya, beg pasir adalah antara salah satu kaedah yang pernah disaran ketika banjir melanda Selangor dua bulan lepas.

Malah penggunaan beg pasir juga dikatakan sangat mudah, tidak rumit dan ia digunakan di seluruh dunia sejak dulu lagi dalam menahan air banjir.

Penggunaan beg pasir yang pernah disaran di sini ketika banjir Selangor dua bulan lepas depan pintu rumah dalam…

Posted by MatGeo on Sunday, February 27, 2022

 

Beg pasir digunakan seluruh dunia sejak dulu dalam menahan air banjir kerana butirnya yang berat, tindannya yang ‘grip’, dan apabila menahan air, ia menjadi lebih berat dan mencengkam antara satu sama lain atas bantuan pasir yang basah dan menghalang tiris,” jelasnya.

 

“Rumah ni dari dulu lagi dia wat gini”

Selain itu, netizen lain di ruang komen juga memuji tindakan tuan rumah ini yang disifatkan sebagai ‘sediakan payung sebelum hujan.’

image is not available

Semoga mereka yang di Kelantan dan Terengganu tabah hadapi dugaan ini. Sama-sama kita hulurkan bantuan buat mereka di sana.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.