“Baru Big Stage sebenar!” – Ajai Puji Bakat Pemuda Bersuara Sudirman, Akui Boleh Pergi Jauh

Entertainment
24 Feb 2022 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita bercakap pasal Ajai, penyanyi dan juga komposer muzik Malaysia, mesti ramai yang akan terbayang komen-komennya yang lantang dan ‘pedas’ apabila menjadi juri dalam sesebuah program nyanyian kan?

Situasi itu boleh dilihat dengan jelas dalam program terbitan Astro, Big Stage yang mana dia sendiri memberikan 5 markah kepada salah seorang peserta walaupun ianya baru minggu pertama dan mengatakan bahawa peserta itu tidak berbakat dalam nyanyian.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini juga telah tular tentang video seorang pemuda bernama Arish Mikael bin Kamarulzaman, 19 tahun yang memiliki suara seperti penyanyi lagenda negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Meleleh mat. Vocalist dia bercakap biasa pun keluar suara Sudirman image is not available Orang Muo biasa dengar kot. Busker kat tempat makan sebelah bustand Bentayan.Update for credit: Vocalist – Arish Mikael from Melakar KaryaSupport gais, ayuh!

Posted by Noor Fadzlan on Monday, February 14, 2022

 

“Dia memang berbakat… Pemberian dari-Nya”

Pemuda berasal dari Muar, Johor yang lebih mesra dikenali sebagai Arish ini telah mendapat perhatian orang ramai malah baru-baru ini dia telahpun berjumpa dengan Ajai dan menyanyi di hadapannya!

Pertemuan mereka berdua telah dikongsikan oleh Ajai menerusi akaun rasmi Instagramnya @byajai. Gambar dan juga video yang dimuatnaik itu telah mendapat lebih dari 19K likes!

Walaupun hanya mendengar nyanyian Arish dalam masa yang singkat, Ajai akui bahawa pemuda yang aktif dengan aktiviti busking itu mempunyai bakat yang besar selepas menerima banyak direct message (DM) yang meminta dirinya untuk mendengar nyanyian Arish.

“Dapat saya mendengar dan mencungkil apa yang ada padanya.. Dia memang berbakat.. pemberian dari-Nya… Dan dia ada barang image is not available InsyaAllah kalau ada rezeki.. kita ketemu lagi.. Jangan persiakan bakat yang ada image is not available” – Ajai

Posting itu ternyata mendapat pelbagai reaksi malah ramai selebriti yang turut menyokong tindakan Ajai yang berjumpa dengan Arish untuk memperakui bakatnya dalam nyanyian.

image is not available

Turut ada yang mengatakan mereka suka dengan cara Ajai menghargai bakat seseorang itu. Tak kurang juga yang mengharapkan agar bakat Arish dapat diketengahkan ke platform nyanyian yang lebih besar.

Terbaiklah Arish! Min suka dengar suara awak… Terbayang terus lagu-lagu Allahyarham.. Lagi-lagi Balik Kampung. Legend!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved