Viral Video Remaja Ramai-Ramai Buat Kecoh, Netizen Minta Polis Siasat Isu Langgar SOP

Entertainment
24 Feb 2022 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang video sekumpulan remaja yang dikatakan buat kecoh pada waktu malam. Malah menerusi video yang telah viral itu, mereka dilihat telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ini kerana, hampir kesemua remaja yang terlibat tidak memakai pelitup muka dan juga tiada penjarakan sosial sesama mereka. Video yang dikongsikan menerusi posting di Facebook telah mendapat lebih dari 138K tontonan.

image is not available

image is not available

Kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar Bukit Bintang itu menyebabkan orang ramai menggesa pihak polis agar segera menyiasat kejadian tersebut kerana mereka menyifatkan bahawa sekumpulan remaja itu tidak bertanggungjawab untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut Kosmo Online, ternyata orang ramai meminta untuk polis membuat siasatan kerana dipercayai rata-rata remaja yang terlibat dengan kekecohan itu masih berada di bawah umur malah ada yang memberi komen di Facebook bahawa pengawasan yang ketat harus dikuatkuasakan.

“Elok dikutip dan disaman… Berlonggok tanpa faedah… Tanpa mask lagi..” – Salah satu komen netizen

image is not available

Tak kurang juga yang meminta agar ibu bapa di luar sana untuk memberi lebih perhatian kepada anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan gejala sosial yang kurang sihat sehingga boleh merosakkan akhlak mereka.

Zaman muda remaja memang senang terpengaruh dengan kawan-kawan. Sebab tu penting untuk tahu baik buruk dengan siapa kita berkawan. Betul tak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.