Lauk raya yang wajib ada
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau disebut tentang Ramadhan sudah pastinya antara perkara yang sinonim dengan Ramadhan adalah persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri lagi-lagi setelah kita tidak berpeluang menyambut hari lebaran bersama keluarga dan sahabat handai pada 2020 dan 2021 akibat impak daripada Covid-19.
Walaupun Malaysia akan mula memasuki fasa endemik dan membuka sempadan antarabangsa pada 1 April 2022, kita perlu berhati-hati kerana kita tidak pasti bagaimana keadaan di masa akan datang. Kita perlu sentiasa berusaha bersedia untuk menghadapi keadaan worst case scenario terutamanya daripada segi kewangan kerana semua perkara di dalam hidup sekarang memerlukan duit.
Oleh itu, walaupun kita sangat teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, kita perlu berhemah dan berjimat-cermat di dalam menyediakan perkara berkaitan sambutan hari lebaran.
Jadinya den cuba senaraikan lima (5) perkara terkait dengan penjimatan persediaan hari lebaran.
1. Baju raya
Sudah lama tidak dapat melaram dengan baju raya sejak Covid-19 melanda Malaysia, kan?
Memang terasa teruja sangat hendak memakai baju sedondon warna pada lebaran kali ini.
Den dan keluarga kecil den merupakan spesies yang tidak begitu kisah tentang pakaian termasuk baju raya. Sejak sebelum Covid-19 melanda dunia pun kami jarang membeli baju raya kerana baju Melayu bukan merupakan baju yang sering dipakai selain semasa masa hari raya dan event terkait dengan kenduri begitu.
Boleh sahaja kita pakai baju raya daripada baju yang telah sedia ada di dalam almari.
Kalau perlu juga membeli baju raya baru kerana telah tidak bergaya di pagi lebaran, boleh pilih baju raya yang harganya sederhana tetapi masih mempunyai kualiti yang baik.
2. Kuih raya
Kadang kala kita tidak perasan yang kita terbeli terlalu banyak kuih kerana kita tolong membeli kuih yang keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan jual. Kadang-kadang tidak terhabis makan pun.
Kita boleh berjimat dengan membeli kuih yang kita hendak makan sahaja kerana belum tentu ada ramai tetamu hendak berkunjung kerana Covid-19 masih merupakan ancaman kepada semua. Tengok sahaja kes sekarang di Malaysia, tetap 5 angka setiap hari.
Jadinya marilah kita membuat atau membeli kuih raya yang kita pasti akan makan.
Apa kuih raya kesukaan korang? Den hanya akan beli kuih tart nenas, popia simpul, samperit, biskut Mazola, almond London dan biskut cornflakes.
3. Perabot raya
Ada orang yang setiap kali raya mesti akan berusaha untuk menukar perabot atau paling tidak menukar langsir. Biasa kan beberapa hari sebelum raya, kita akan menukar langsir raya.
Langsir yang baru semestinya akan membuatkan rumah kita kelihatan lebih berseri tetapi langsir baru tidak semestinya langsir yang baru dibeli dari kedai. Langsir baru boleh jadi langsir yang telah lama dibungkus di dalam plastik dan diletakkan di gerobok yang paling atas lalu kita terlupa padanya.
Langsir baru tanpa perlu keluarkan duit. Menarik, kan?
5. Jalan-jalan di hari raya
Budaya kunjung mengunjungi saling bermaafan sememangnya tradisi kita semasa Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun kita telah dua tahun tidak berhari raya dan begitu lama kita tidak bersua muka dengan keluarga dan rakan taulan kerana Covid-19, mungkin tahun ini kita boleh minimakan menziarahi antara satu sama lain bukan sahaja kerana statistik Covid-19 masih tinggi tetapi juga kerana jalan-jalan akan melibatkan kos minyak dan tol.
Kalau semasa era sebelum Covid-19 boleh la kita berkongsi kereta kan?
6. Duit raya
Eh duit raya pun hendak berjimat ke?
Bagi den, duit raya terutamanya kepada kanak-kanak kita berikan macam biasa sebab pemberian kita akan menyebabkan kanak-kanak berasa gembira. Seronok kan pemandangan kanak-kanak berlari riang selepas mendapat duit raya?
Jadinya itu adalah lima (5) cadangan den supaya kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh sederhana dan berhemah kerana terlalu banyak kisah yang dilalui oleh hampir kebanyakan orang sejak Malaysia memulakan PKP pada 18 Mac 2020.
Selamat berpuasa semua.
#Lifehacks / #PetuaHidup / #生活小妙招
Bidasari Bahashim adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.