(VIDEO) Naik Kren Tanpa Pakai Peralatan Keselamatan, Pengantin Nak Buat Kelainan Bikin Netizen Gerun

Entertainment
4 Mar 2022 • 4:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan pasangan pengantin baru membuat satu kelainan yang tidak pernah terfikir dek orang ramai.

Lain dari yang lain, pasangan pengantin ini telah menaiki kren tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan ketika hari persandingan mereka, membuatkan netizen berasa bimbang melihatnya.

Lihat pada video yang dikongsikan semula di platform TikTok itu, pasangan tersebut menaiki kren yang turut diletakkan sekali mercun di bawahnya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet menyifatkan perbuatan yang dilakukan oleh mereka itu salah serta melanggar etika keselamatan kerana jelas terlihat tidak memakai sebarang peralatan keselamatan semasa menaikinya.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang menambah bahawa ia kelihatan lebih bahaya kerana kren yang dinaiki berdekatan dengan wayar-wayar elektrik yang berselirat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

(VIDEO) "Tambahlah Orang!" - Lelaki Mengamuk Tunggu Giliran Lama Tapi Disuruh Balik, Pekerja Dakwa Tak Cukup Staf