“Bila kitaorang jadi kerajaan, tahu lah nanti” – Polis Bagi Respon Viral Video Teresa Kok

Entertainment
1 Mar 2022 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, viral satu video Teresa Kok di media sosial dan ia telah mengundang kemarahan orang ramai kerana mereka anggap ia ada berbaur ugutan. Kejadian tersebut dikatakan ada sedikit persengketaan antara dirinya dengan pihak polis.

 

“Sekarang baru pukul 10 malam dan mereka nak kami bersurai, bila kami jadi kerajaan nanti, tahulah!”

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Yong Peng, Batu Pahat, Johor pada Sabtu lepas (26 Februari 2022) dimana satu majlis untuk DAP diadakan.

Dikatakan, majlis tersebut sepatutnya dijalankan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10 malam. Walaubagaimanapun, Teresa dipercayai lewat sampai ke majlis tersebut jadi dia membuat rundingan untuk tambah lagi waktu untuk majlis tersebut tanpa diganggu.

image is not available

Dia juga mengatakan bahawa majlis itu mula lambat, jadi mereka sepatutnya beri lanjutan masa. Bagaimanapun pihak polis tetap dengan pendirian mengatakan ‘tak boleh’.

Maka keluarlah kata-kata yang menjadi tumpuan di media sosial sekarang, boleh tengok video kat bawah ni…

Teresa Kok ugut PDRM ? Ingat semua abang Polis dan semua penjawat awam yang undi mereka pada PRU14. Mereka ni bila diberi kuasa apa mereka buat ? Pijak kepala. Macam-macam dia kata pada penjawat awam. Jadi kali ni ajar mereka.

Posted by JohorPress on Sunday, February 27, 2022

Respon polis

Tak lama selepas video itu mula tular, Ketua Polis Daerah Batu Pahat semalam (29 Februari) ada tampil beri keterangan menerusi Facebook.

Ia berikutan dengan banyak aduan yang diterima, jadi pihak polis telahpun menjalankan siasatan dan mendapati bahawa majlis itu telah mendapat kebenaran polis dan tiada pelanggaran SOP. Walaubagaimanapun, mereka masih membuat penyiasatan lanjut.

image is not available

Oleh itu, pihak polis meminta orang ramai untuk sentiasa patuh dengan SOP agar dapat membendung penularan virus Covid-19.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.