Terkandas Dalam Banjir, ADUN Ajil Dikecam Sebab ‘Diutamakan’ & Anggota Penyelamat Lain Dibiarkan Tersadai Atas Lori

Entertainment
1 Mar 2022 • 6:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, negeri-negeri pantai timur kini tengah teruk dilanda banjir dan ia pastinya mengguris hati rakyat Malaysia apabila menyaksikan aliran air deras yang memusnahkan tempat mangsa berteduh.

Walaubagaimanapun, satu isu timbul apabila mereka menyaksikan satu video ini dan ia secara tidak langsungnya telah mengundang kecaman netizen.

 

Tinggalkan krew lain?

Dalam video yang dikongsikan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menerusi laman Twitter. ADUN Ajil, Maliaman Kassim ingin ‘turun padang’ ke kawasan banjir yang berlaku di Terengganu bersama pasukannya untuk membantu mangsa-mangsa di situ.

Namun begitu, ketika dalam perjalanan, lori yang dinaiki beliau bersama krewnya itu sendiri terkandas sampaikan lori itu ditenggelami air.

Pasukan penyelamat kemudiannya hadir menyelamatkan beliau semua. Dalam video kedua, kelihatan bot lain sampai selepas 15 minit untuk menyelamatkan krew lain.

Namun begitu perkara yang kurang enak tersebut mula timbul apabila netizen perasan dia didahulukan dan bot muat 3 orang sementara anggota lain duduk diatas lori.

Menjawab segala kecaman yang mendakwa beliau sebagai selfish, Suhazeli Abdullah ada balas segala komen untuk menepis dakwaan negatif itu dengan menyatakan bahawa kesemua krew selamat

 

Semuanya telah diselamatkan. Bukan treatment VVIP pun – Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Fikir dari sudut positif, ADUN tu pun dilihat sudah berumur jadi kita utamakan lah dia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.