Gempa Bumi 6.6 Magnitud Landa Tenggara Taiwan

23 Mar 2022 • 9:33 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Grafik dari taiwannews.com

Gempa bumi berukuran 6.6 menggegarkan Taiwan, awal pagi ini, dengan gegaran kuat dirasai di bahagian tenggara pulau berkenaan, kata pihak berkuasa.

Menurut Biro Pusat Cuaca, gempa itu berlaku kira-kira jam 1:41 pagi waktu tempatan dan merekodkan 6 daripada 7 skala lebih rendah pada skala keamatan seismik pulau itu di tenggara Daerah Taitung.

Meskipun gegaran dirasai di keseluruhan pulau itu, namun setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kemusnahan besar-besaran diterima.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, bahagian rantaian pulau Nansei seperti Pulau Miyako mungkin mengalami sedikit perubahan pada paras laut selama beberapa jam, namun tidak ada bahaya tsunami akibat gempa itu.

Tumpuan gempa bumi itu terletak di luar Taiwan dan kira-kira 280 kilometer ke barat-barat daya Pulau Ishigaki, kata agensi tersebut. - Kyodo News

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved