[VIDEO] Gatal Tangan Punya Pasal, Abang Ni Reka ‘Alat’ Mudah Buat Karipap Untuk Peniaga

Entertainment
2 Mar 2022 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang pandai buat karipap tak? Kalau pandai, korang selalu kelim guna manual (jari) atau guna alat kelim tu?

Siapa yang pro kelim manual tu zaman sekarang memang min salut lah sebab bukan senang nak pandai kelim tu! Kalau pandai pun mesti susah nak kelim bagi cantik dan kemas macam mak-mak kita buat.

Tapi takpe…pada korang yang tak pandai nak kelim manual tu boleh je buat karipap guna alat kelim. Macam abang ni, tapi dia punya alat kelim karipap tu versi inovatif sampai jadi perhatian ramai!

@toler_ulor

sy pembuat karipap mini

♬ Gatal – Janna Nick

Menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok yang dipercayai bernama Halim ini, dia telah mencipta satu alat kelim karipap yang boleh menghasilkan karipap dalam kuantiti banyak dalam satu masa!

Katanya gatal tangan punya pasal, Abang Halim ni gabungkan enam alat kelim karipap tu menjadi satu! Jadi, abang ni boleh hasilkan enam karipap dalam satu masa. Kreatif betul!

Video perkongsian berdurasi hanya 17 saat itu telah berjaya meraih perhatian sebanyak 1.2 juta penonton dalam masa tak sampai sehari! Di ruangan komen pula, ramai yang teruja melihat ciptaan kreatif Abang Halim ini. Namun, ramai juga yang pernah buat macam ni rupanya!

image is not available

Pada min, benda ni kalau undergo R&D lagi berguna untuk peniaga karipap kat luar sana. Banyak sikit karipap boleh dijual, betul tak?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.