“Ibu kat syurga” – [VIDEO] Luahan Anak Shuib Sambil Bersihkan Tempat ‘Favourite’ Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Entertainment
8 Mar 2022 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuaca hujan tanpa henti semalam menyebabkan ramai yang terpaksa berkurung di rumah untuk mengelakkan diri daripada tersangkut di jalan yang dinaiki air.

Tidak mahu membuang masa tanpa buat apa-apa, ada yang habiskan masa dengan hobi masing-masing seperti memasak ataupun membaca buku. Malah, ada juga yang rajin mengemas rumah.

Tak ketinggalan dengan aktiviti ketika hujan, Shuib telah kongsikan rakaman perbualannya bersama anak ketiga, Ariq Matin dengan memuatnaik video di akaun TikTok dan Instagramnya, @shuibsepahtu ketika anaknya itu sedang membersihkan meja di beranda rumah.

 

“Ni tempat favourite ibu kan?”

Dalam video itu juga, Matin turut membersihkan kerusi dengan bersungguh-sungguh selepas selesai lap meja dan dipercayai kerusi tersebut merupakan tempat kegemaran Allahyarhamah Siti Sarah setiap kali berada di beranda rumah.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah reaksi dan riak wajah Matin semasa diajukan soalan tentang ibunya. Seperti yang ramai sedia maklum, Allahyarham telah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19.

“Ibu kat syurga, mestilah rindu” – Ujar Matin dalam video

Luahan dari anak Shuib yang bersahaja tetapi penuh dengan makna itu menyebabkan pengguna-pengguna TikTok yang lain merasa sebak kerana ianya datang dari mulut anak kecil yang baru berusia 7 tahun.

image is not available

Takpe Matin… Ibu mesti seronok bila awak bersihkan tempat favourite dia… Teruskan jadi anak yang soleh ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.