“Cepatnya ‘Move On’..” – Baru Beberapa Bulan Bercerai, Fizi Ali Dah Jumpa Yang Baru?

Entertainment
11 Mar 2022 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan penyampai radio, Fizi Ali bersama seorang wanita telah dikecam netizen.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, sebelumnya dilihat meninggalkan komen di video milik wanita itu yang menyatakan harapan bapanya untuk meminta dia bekerja selepas menamatkan pelajaran dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.

Menerusi video dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Shahida itu, Fizi kemudiannya dilihat seperti kecewa apabila wanita itu tidak mahu mencari teman lelaki.

image is not available

Aduh tak nak laki pulakkk.

Video yang turut memaparkan gambar mereka bersama itu telah meraih 1.1M tontonan, 33.1K tanda suka dan 1.7K komen di laman TikTok.

Kalau dengan awak, mesti ayah saya setuju. Ayah saya kata okay.

Omg, ayah kata okay. Tuan badan macam mana?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Fizi yang seolah-olah terlalu cepat mencari pengganti apabila baru sahaja beberapa bulan bercerai dengan pelakon, Syakilla Khoriri.

“Aku ingt lagi kisah cinta dia dgn syakila.. siap dia cakap susah nak tackle syakila tu. Bila dah dapat.. hmm pastu easy betul jumpa baru,” tulis seorang netizen.

“Baru berapa bulan dah jumpa yg baru, cepat nya laki move on,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

"Dia Wanita Istimewa.." - Fizi Ali Perjelas Siapa Pemilik Suara Perempuan Ketika Bersama Anak