Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat

6 Mar 2022 • 10:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian, Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata, hujan lebat selama dua jam menyebabkan air Sungai Triang, Juntai melimpah dan memasuki rumah penduduk hingga mencecah paras lutut.

"Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah menyebabkan air naik dengan cepat, namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat reda pada jam 9.45 malam dan hujan renyai hingga tengah malam.

"Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar jam 7 pagi tadi," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kira-kira 50 anggota termasuk APM, bomba dan polis digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan termasuk mengalihkan barang di rumah mangsa ke tempat selamat.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada tahun ini di kawasan itu, selepas kawasan sama dinaiki air Disember lepas dan pihaknya sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved