[VIDEO] Netizen Tak Sangka Penjual Burger Mirip Pelakon Korea Park Bo-gum, Part Senyum Sama!

Entertainment
14 Mar 2022 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa kat sini peminat-peminat K-drama? Korang boleh geng dengan min! Hehehe…

Bagi min, hero-hero drama Korea ni memang susah nak pilih. Tapi nama Park Seo-joon, Park Bo-gum, Lee Min-ho memang wajib ada dalam list! Tambah pula, baru-baru ni Park Bo-gum pun dah selesai servis askarnya.

Walau bagaimanapun, untuk berjumpa dengan diorang ni agak mustahil kan? Nak kira bajet lagi untuk fly ke sana, makan masa juga… Tapi, korang jangan risau, rupanya ada je Park Bo-gum versi Melayu kat sini tau, siap boleh buat burger lagi! Wowww!

Disebabkan perkongsian di TikTok menerusi akaun @otaiburgermalaysia ini, ramai yang mengatakan lelaki ini sangat iras dengan Park Bo-gum sampaikan gaya senyumannya juga sama jika dilihat dengan sekali pandang. Meriah betul kat bahagian komen ni eh…

image is not available

Malah, ada juga yang memberi komen menyatakan kelegaan mereka tak perlu pergi jauh semata-mata nak jumpa Park Bo-gum. Siap ada yang kata ready nak jadikan dia partner. Amboi! Suka betul korang ehh… Hahaha!

“Park bo gum duduk jauh sangat. So kita park park gebum gebum je la jom!” – Komen netizen

Video yang dimuatnaik ini telah mendapat lebih dari satu juta tontonan dan lebih dari 100 ribu likes di TikTok dan difahamkan lelaki ini memang bekerja sebagai tukang masak burger kat sini. Haa, ada yang dah try ke tu?

Hmm, sekarang ni tunggu juga ada tak yang iras dengan buah hati min… Alaa, yang tengah berlakon drama Business Proposal tu… Hehehe…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.