Enggan Bagi Tiket Pada Isteri Sendiri, Tindakan Lelaki Hadir Konsert BTS Dapat Perhatian

Entertainment
13 Mar 2022 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kumpulan K-Pop terkemuka dunia, BTS telah mengadakan satu konsert di Seoul, Korea Selatan. Konsert ‘BTS Permission to Dance on Stage – Seoul’ itu memang sangat dinantikan peminat BTS terutamanya di Korea Selatan.

image is not available

Usai konsert tersebut, rangkaian berita Korea Selatan telah menemubual beberapa penonton yang hadir. Yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran seorang peminat lelaki yang ke konsert itu seorang diri.

image is not available

Memetik laporan KBizZoom, lelaki itu hadir ke konsert BTS seorang diri selepas isterinya gagal untuk mendapatkan tiket. Wartawan di lokasi sempat bertanya beberapa soalan kepada lelaki itu, “Kenapa tak bawa isteri sekali? Tiket konsert ini tak boleh transfer kepada isteri ke?”, lelaki itu menjawab;

Saya seorang je yang tempah tiket dan berjaya dapat. Itu memang polisi Hybe (Syarikat pengedar tiket). Saya tak boleh buat apa”

image is not availableUntuk rekod, tiket-tiket yang dijual untuk konsert BTS di Seoul ini tidak boleh dipindah-milik kepada orang lain. Ini kerana butiran peribadi telah disertakan sewaktu membuat tempahan. Pihak keselamatan juga memeriksa tiket dan butiran peribadi penonton sebelum dibenarkan masuk ke dewan konsert.

Tak tahu lah min, habis konsert BTS ni, oppa ni kena tidur luar ke macam mana.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.