“Kucing ni rosak ke?” – Netizen Kagum Tengok ‘Akhlak’ Kucing Ni, Pandai Berlakon Jadi Model!

Entertainment
3 Mar 2022 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi penggemar kucing atau mereka yang membela haiwan comel ini, korang pasti sudah ‘masak’ benar dengan keletah haiwan tersebut yang bermacam-macam.

Boleh dikatakan tak semua kucing suka duduk diam dan ada juga yang sensitif bila kita pegang dia sampai nak mencakar. Aippp!

 

“Cik miao jadi model pakaian”

Tapi lain pula dengan kucing yang tular baru-baru ini di Facebook, apabila ia dilihat sangat baik dan mengikuti kesemua arahan tuannya. Wah, wah!

Cik miao jadi modal pakaian dri tuannya.pandai betulimage is not available

Posted by EthenCfc on Tuesday, March 1, 2022

 

Video yang dipercayai berasal dari Indonesia itu juga memaparkan seorang penjual wanita sedang membuat sesi live di aplikasi Bigo Live untuk menjual pakaian kucing dan menjadikan kucingnya itu sebagai model.

Menurut satu perkongsian di TikTok, kucing itu katanya diberi nama Pororo dan tuannya memang menjual pelbagai jenis pakaian kucing yang cantik-cantik. Nah korang tengok Pororo bergaya dengan macam-macam jenis baju kat bawah ni.

“Baiknya dia pandai jadi model berdisplin betul”

Video comel kucing itu ternyata dapat perhatian netizen yang suka melihat keletahnya yang dikatakan sangat sopan dan ‘berakhlak’. Tidak sama macam kucing-kucing yang mereka bela atau jumpa.

image is not available

Kalau kucing ni ada depan min ni, memang min gomol dia habis-habis. Comel sangat aih!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.