“Kenapa saya dilahirkan di Malaysia” – Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis?

17 Mar 2022 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila seseorang itu terpilih untuk menjadi ratu cantik mewakili negara, dia bukan saja menampilkan wajah rupawan buat tatapan ramai, namun kebijaksanaan dan sikap yang mulia juga harus ditampilkan bersama demi membawa nama baik negara.

Pun begitu, tular baru-baru ini mengenai kisah seorang ratu cantik yang juga finalis Miss International Malaysia (MIM) yang katanya telah mengeluarkan posting-posting berbaur rasis hingga mendapat kritikan ramai.

 

“Tak pernah bangga jadi rakyat Malaysia”

Menurut laporan dari Malay Mail, finalis MIM 2022, Abby Lee mengakui yang dia tidak pernah bangga menjadi rakyat Malaysia dan mempersoal mengapa dia dilahirkan di Malaysia dan bukannya di China.

Kenapa saya dilahirkan di kampung di Malaysia dan bukannya di bandar besar seperti China? Saya suka China dan Jepun,” katanya.

image is not available

Dalam satu screenshot yang didedahkan pengguna Facebook bernama Hui Yee, Abby juga berkata yang dia menyertai pertandingan kecantikan itu kerana meminatinya dan bukannya kerana cintakan negara ini. Pulak…

Saya menyertai ini untuk kepentingan saya, bukan kerana saya cintakan negara saya. Mereka yang rapat dengan saya sentiasa tahu bahawa saya langsung tidak mengambil berat tentang negara.

“Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah,” katanya.

First of all I never knew that A person who NEVER WANT TO ADMIT HERSELF AS MALAYSIAN image is not availableCan take up the title of…

Posted by Hui Yue on Saturday, March 12, 2022

 

Dikecam netizen, Abby dakwa tuduhan di media sosial palsu

Kenyataan yang dikeluarkan Abby jelas-jelas mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang menuduh dia rasis dan biadap.

Malah ada juga siap meminta gadis ini untuk keluar dari Malaysia jika dia tidak suka dengan negara ini dan tidak berpuas hati tinggal di sini.

image is not available

Pun begitu, Abby menerusi satu posting di IG story mendakwa tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu adalah palsu semata-mata.

Dia juga mengatakan insiden jurugambar mengambil gambarnya dengan kualiti tidak baik semasa pertandingan diadakan menyebabkan emosinya terganggu. Abby juga memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku.

image is not available

Haih macam-macam ye. Harap belajarlah dari kesilapan dan jangan keluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kemarahan orang ramai. Bukan contoh yang baik kalau nak jadi public figure.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.