“Tudung terbang” – Beri Kata Semangat Buat Suami, Isteri Yonnyboii Kena Kecam Kerana ‘Free Hair’

Entertainment
7 Mar 2022 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang yang menonton Anugerah Juara Lagu ke-36 malam tadi, pastinya hingga ke pagi ini masih ramai lagi yang membincangkan mengenai kemeriahan dan apa yang menarik mengenai acara tersebut.

Bukan saja persembahan dan pemenang bagi acara tersebut yang mendapat perhatian ramai, namun isteri kepada finalis AJL 36, Yonnyboii juga nampaknya mendapat perhatian netizen.

image is not available

 

Tampil ‘free hair’ di AJL?

Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini, Yonnyboii ada menjelaskan mengenai pilihan isterinya untuk tidak berhijab dan mengakui wanita itu kini dalam proses untuk belajar menutup aurat.

Menerusi satu video daripada Instagram TV3, Nik Nazira yang pertama kali tampil di majlis dengan imej ‘free hair’ itu dilihat menyampaikan ucapan kata-kata semangat buat suaminya yang bertanding pada malam tersebut dengan membawa lagu ‘Salahku’.

Namun video yang sepatutnya menjadi ucapan sweet dari isteri kepada suami telah dicemari pelbagai komen kecaman daripada netizen.

 

“Eloklah sis mempermainkan agama”

Menerusi komen di posting tersebut, rata-rata netizen melemparkan kecaman kepada isteri penyanyi tersebut kerana pilihannya untuk tidak lagi berhijab.

Walau bagaimanapun tak semua yang mengecam isteri penyanyi ini dan ada yang meminta netizen untuk menegur dengan cara yang berlapik kerana tindakan tersebut boleh mengguris perasaan wanita itu.

image is not available

Apa-apapun diharapkan isteri Yonnyboii tabahlah dengan kecaman. Sebaiknya netizen tegurlah dengan cara yang baik dan bukannya menghina. Kita doakan moga dia terbuka hati nak berubah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.