Suspek kes rompak, tembak pengawal keselamatan direman seminggu

12 Mar 2022 • 1:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini pada Jumaat, kini direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman ketika dihubungi pada Sabtu berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Pada Jumaat, susulan kejadian pada jam 5.50 petang, Abd Khalid dilaporkan berkata, polis menahan seorang suspek berumur 38 tahun di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada jam 7 malam bersama karung berisi wang tunai. - Bernama