Suspek kes rompak, tembak pengawal keselamatan direman seminggu

12 Mar 2022 • 1:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam, kini direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman ketika dihubungi hari ini berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Semalam, susulan kejadian pada pukul 5.50 petang, Abd Khalid dilaporkan berkata polis menahan seorang suspek berumur 38 tahun di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 7 malam bersama karung berisi wang tunai.-Bernama