Suspek Kes Rompak, Tembak Pengawal Keselamatan Direman Seminggu

12 Mar 2022 • 1:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota polis menjalankan siasatan di hadapan pekarangan sebuah bank dalam kejadian samun di Puchong Prima, semalam. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam, kini direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman ketika dihubungi hari ini berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Semalam, susulan kejadian pada pukul 5.50 petang, Abd Khalid dilaporkan berkata polis menahan seorang suspek berumur 38 tahun di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 7 malam bersama karung berisi wang tunai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved