[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Wanita Jadi ‘Ibu Sementara’ Jaga Bayi Positif Covid-19 Di Wad

Entertainment
4 Mar 2022 • 6:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap yang bergelar ibu pasti akan ada sebuah naluri keibuan yang biasanya lebih peka dengan keadaan sekeliling, terutama sekali apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak kecil.

Sebuah video telah viral di laman sosial TikTok dimana seorang ibu dilihat menukar lampin dan mendodoikan seorang bayi yang sedang di dalam wad bersamanya.

@azrah_zaza

Ni bukan bby i,tp ddk 1 ward dgn bby i,positif covid and masih xtau mcm mna keadaan ibu bby ni,xpe la bby,ibu tlg jagakan bby ye sementara ni ye

♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

Rupa-rupanya, bayi itu bukanlah anaknya tetapi bayi itu merupakan pesakit Covid-19 yang sedang diwadkan di tempat yang sama dengan wanita itu bersama seorang anaknya.

Lebih meruntun hati, dalam video yang dimuat naik oleh @azrah_zaza itu menceritakan bagaimana bayi itu menangis kerana terpaksa diwadkan berseorangan.

Dalam laporan Harian Metro, difahamkan wanita itu membantu menukar lampin pakai buang bagi meredakan bayi yang sedang menangis itu, sementara menunggu jururawat sampai dan dia juga berkata dia terpaksa menukar lampin bayi itu kerana anaknya turut menangis apabila terdengar bayi itu menangis.

Perbuatan keibuannya itu mengundang perasaan sebak daripada netizen.

image is not available

Dalam videonya yang lain, wanita itu juga berkongsi yang dia cuma sempat menjaga bayi itu selama satu malam sahaja.

@azrah_zaza

pukol 3 pagi,sambil tdo kan ank sendiri,sambil pujuk bby lain image is not available ibu will miss you baby,walaupon sehari ja ibu tolong jagakan awak

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Semoga Tuhan sentiasa merahmati ibu ini…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.