Peranti Yang Mementingkan Privasi OSOM V1 Akan Diperbuat Daripada Titanium Dan Seramik

TechnologyDigital
4 Mar 2022 • 8:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OSOM ialah syarikat yang ditubuhkan oleh bekas kakitangan Essential. Tahun lalu selepas syarikat dilancarkan peranti OSOM V1 telah diumumkan sebagai telefon pintar yang mementingkan privasi pengguna. Tiada maklumat mengenai spesifikasi dikongsi dengan ia hanya akan dilancarkan pada musim panas tahun. Di MWC OSOM akhirnya berkongsi lebih bayak maklumat mengenai peranti menerusi laman Android Police.

image is not available

V1 akan diperbuat daripada bahan titanium, seramik dan besi tahan karat. Ini adalah bahan binaan yang turut digunakan pada Essential PH 1 bagi menjadikannya antara peranti paling tahan lasak di pasaran. Apabila dilancarkan kelak ia akan menggunakan pemproses Snapdragon 8 yang masih dirahsiakan. Mungkin cip kemas kini kepada Snapdragon 8 Gen 1 akan digunakan.

image is not available

Sementara itu kamera utama terdiri daripada dwi kamera 48+12 MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Sistem operasi yang digunakan adalah berasaskan Android tetapi kedengaran ura-ura ia mungkin GrapheneOS yang mempertingkatkan lagi tahap privasi serta sekuriti.

image is not available

Paling unik ialah kabel pengecas V1 yang mempunyai suis yang menghalang pemindahan data. Peranti boleh dicas di tempat awam tanpa perlu risau data pengguna digodam. Akhir sekali peranti akan muncul pada separuh tahun kedua 2022 pada harga bawah $1000 sebuah.