Wanita Buang Masa 3 Tahun Siram Pokok Sukulen Sebelum Sedar Itu Hanyalah Tanaman Plastik

Entertainment
19 Mar 2022 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak zaman pandemik COVID-19 ini, ramai yang ada hobi baru, antaranya buka cafe waktu hujung minggu, pergi berkhemah, yang tak pernah tengok drama Korea pun dah mula rajin tonton K-drama dan ada juga yang suka tanam pokok.

Namun, hati-hati kalau korang suka beli sebarang tanaman di atas talian sebab takut terjadi sama macam wanita di China ini.

image is not available

Menurut Mirror UK, wanita yang dikenali sebagai Liu itu telah membeli pokok sukulen menerusi platform jual beli atas talian dan sejak tiga tahun lalu, dia menjaga tumbuhan kecil itu bagai menatang minyak yang penuh.

Dia telah menyiram pokok berkenaan setiap hari sehinggalah baru-baru ini apabila dia menyedari bahawa tumbuhan itu sebenarnya palsu kerana dia tidak dapat menggerakkan daunnya dengan tangan.

Difahamkan, sebelum ini, dia percaya bahawa itu memang pokok hidup sebab sepanjang tempoh berkenaan, pokok terbabit mempunyai urat pada daunnya yang bertukar warna.

image is not available

Jadi, Liu pun percaya dan yakin bahawa pokok tu tumbuh dengan baik.

Setelah sedar bahawa pokok tu sebenarnya tanaman palsu, dia telah berkongsikan kejadian lucu itu di media sosial di mana dia juga terasa agak malu dengan kesilapannya itu.

Namun, nampaknya kesilapan seperti ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana pada tahun 2020, seorang wanita dari California juga pernah mengalami kejadian yang sama, lapor Indy 100.

Biasalah tu kan, kalau kita tengok pun memang sama sebijik macam pokok betul.

Sumber: Mirror UK

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.