“Hal Dah Selesai, Kenapa Nak Kecam?” – Ibu Tampil ‘Back Up’ Kak Long, Harap Dapat Harumkan Nama Negara

16 Mar 2022 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Namanya menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini, namun Wan Nor Baizura yang digelar ‘Kak Long’ berkata dia berharap kecaman terhadapnya dapat dihentikan.

Semalam, kecoh tentang isu dia dijemput menjadi tetamu jemputan sebuah rancangan televisyen tempatan.

Ramai netizen tidak bersetuju dia yang mempunyai kontroversi itu ‘diangkat’ dan dimegahkan sebaliknya lebih ramai yang layak menjadi tetamu jemputan.

image is not available 1 hari lalu

"Panggil Orang Tah Apa-Apa Je!" - Stesen TV Islamik Kena 'Bash' Jemput Kak Long Sebagai Tetamu?

Sementara itu, ibunya ketika ditemu ramah oleh mStar menyeru agar netizen berhenti melontarkan kecaman kepada anaknya.

Kata Kamsah Haizam, 54, dia sangat memahami situasi yang dihadapi anaknya itu dan berharap akan reda dengan segera.

Kak Long ni jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.”

image is not available

Bukan itu sahaja, dia juga beranggapan tidak salah anak sulungnya itu dijemput untuk muncul dalam rancangan TV selain berharap dapat mengharumkan nama negara.

Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dan selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti.”