[VIDEO] Suami Bawa Kekasih Masuk Bilik, Isteri Pecahkan Pintu Pakai Lesung Batu

Entertainment
28 Mar 2022 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cerita isteri atau suami curang ni bukanlah benda yang baru. Lagi-lagi zaman semua benda viral ni memang nampak macam-macam ragam orang.

Baru-baru ni, video yang telah dimuat naik di TikTok telah tular di media sosial menunjukkan seorang suami kantoi sedang berdua-duaan dengan wanita lain di dalam bilik.

Kapsyen di dalam video ini mengatakan yang pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata enam bulan lepas sebelum suaminya bertindak untuk membawa wanita lain ke dalam rumah mereka.

Video berdurasi hampir 9 minit ini menunjukkan si isteri yang cuba untuk membuka pintu bilik tersebut kerana ingin mengambil barang-barang miliknya di dalam bilik itu.

Menurut wanita tersebut, kesemua barang di dalam bilik termasuk kipas, selimut, tuala dan bantal adalah miliknya. Katanya, dia hanya mahu masuk untuk mengambil barang-barang kepunyaannya dan bukan untuk menyerang wanita tersebut mahu pun suaminya.

Kau takut, aku takkan sentuhlah perempuan kau. Aku pecah pintu ni. Aku nak ambil semua. Selimut, cadar, kipas semua aku punya.”

Dapat dilihat juga wanita dan rakannya berjaya memecahkan tombol pintu tersebut menggunakan lesung batu namun pintu itu masih belum dapat dibuka sehingga suaminya pun mengalah dan cuba untuk buka dan keluar dari bilik tersebut namun tak berjaya.

Bukaklah sendiri, aku minta baik-baik tadi kau tak bagi.”

“Wife dia tenang sebab tahu lelaki tak boleh pakai”

Namun rata-rata netizen telah memuji sikap tenang isteri lelaki ini yang dilihat tidak sikit pun menangis dengan kelakuan suaminya ini.

image is not available

Betul juga apa isteri dia ni buat, baik ambil barang angkat kaki. Tanggung biawak hidup pun curang jugak…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.