“Habis Rosak Mata Budak..” – Kelas Prasekolah Dihias Macam ‘Night Club’ Cetus Kritikan Netizen

Art
10 Mar 2022 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial apabila sebuah perkongsian seorang individu di Twitter menyaksikan sebuah kelas untuk murid-murid prasekolah telah dihias luar dari ‘kebiasaan’.

Tak dinafikan, ada guru-guru yang rajin menghias kelas sebelum sesi persekolahan bermula bagi membangkitkan lagi semangan anak-anak murid untuk belajar dan ianya wajar diberi pujian dan penghargaan.

Namun, apa yang mengundang kritikannya adalah apabila kelas itu dihias dengan lampu-lampu redup jauh daripada tema bersesuaian untuk anak murid yang berusia dalam linkungan 5 hingga 6 tahun ini.

Ada yang berpendapat bahawa hiasan kelas dengan sinaran lampu neon itu tidak ubah seperti kelab malam yang boleh merosakkan mata kanak-kanak.

image is not available

Sumber : Twitter 

 

Malah, ada yang merasa tidak selesa untuk belajar dalam suasana tersebut meskipun bukan bergelar seorang pelajar.

Rimas. Serabut otak. Bagi saya, pencahayaan macam ni tak berapa sesuai ketika membaca dan pembelajaran. Kalau digunakan untuk tempoh yang lama, mungkin boleh bawa pada rabun mata.

Selain itu, ada yang mengatakan bahawa tema hiasan sesebuah kelas mestilah ceria dengan penggunaan cat yang bersesuaian serta hiasan perabot yang selamat dan mesra pengguna.

image is not available 22 jam lalu

"Tau Tak Ni Kedai India?" - Order Makanan Kedai Bukan Muslim, Wanita Ini Disoal 'Rider' Status Agama