“Banyak betul lampu neon” – Guru Hias Kelas Prasekolah Macam ‘Club’ Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Entertainment
10 Mar 2022 • 10:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak sistem penggal persekolahan diperbaharui yang mana sesi baru bermula pada Mac telah menyebabkan ramai pelajar tak sabar untuk memulakan pembelajaran mereka termasuklah guru-guru.

Tak dapat dinafikan usaha guru-guru untuk menghias kelas sebelum kemasukan pelajar harus diberikan pujian kerana ianya bukan sesuatu yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Pun begitu, baru-baru ini kecoh di media sosial terutamanya di Twitter tentang perkongsian di Facebook dari guru prasekolah yang memuatnaik gambar-gambar kelas untuk pelajar selepas siap dihias.

Tweet itu dibuat dengan meluahkan rasa tidak puas hati pemilik akaun tersebut dan kurang setuju dengan tindakan guru prasekolah menghias kelas dengan tema yang tidak sesuai untuk pelajar di usia 5 hingga 6 tahun.

“Patutnya hias dengan benda yang menenangkan”

Ekoran itu, tweet tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata menyokong kenyataan itu kerana mereka berpendapat bahawa kilauan lampu neon yang digunakan boleh merosakkan mata anak-anak.

“Too much light. Boleh silau, rosakkan mata. Even dekat satu negara (I don’t remember) diorang banned pokemon sebab animasinya banyak flashlight.” – Balas netizen di Twitter

image is not available

Oleh itu, ada yang mengatakan bahawa tema yang sesuai untuk pelajar prasekolah seharusnya bersifat menenangkan dari segi penggunaan cat dan hiasan perabot di dalam kelas yang turut boleh digunakan semasa sesi pembelajaran.

Masa korang tadika atau prasekolah dulu macam mana kelas korang? Min yakin, mesti ramai rindu zaman budak-budak dulu kan? Hehehe… Sama lah kita!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.